Suspek Kedua Serangan Bom Di Bangkok Ditangkap

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2015 7:07 AM

Gambar yang dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman Thailand (NCPO) menunjukkan pihak berkuasa Thailand menahan seorang lelaki yang dipercayai merupakan sebahagian daripada suspek terlibat dalam serangan bom di Bangkok. Foto AP

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Pihak berkuasa keselamatan Thai menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan bom di Bangkok dua minggu lepas di sebuah wilayah dekat sempadan Thai-Kemboja.   

Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-ocha, berkata suspek lelaki itu ditangkap pagi Selasa di wilayah Thai, membayangkan yang negara telah mencapai kemajuan besar dalam kes berkenaan sejak tertangkapnya suspek pertama pada Sabtu. 

"Saya telah diberitahu mengenai penangkapan suspek itu semasa waktu makan tengah hari. Beliau ditangkap di perkampungan Parai di wilayah Sakeaw," katanya pada taklimat media tengah hari Selasa.

Beliau menyifatkan lelaki itu sebagai suspek penting. Wilayah Sakaew terletak di bahagian timur Thailand dan kira-kira tiga jam perjalanan kereta dari Bangkok.  

Sementara itu, pihak berkuasa Thai enggan menamakan suspek atau kewarganegaraannya, walaupun media sosial telah memberikan maklumat tersebut.   

Menurut maklumat di media sosial, Twitter, aplikasi chatting LINE dan Facebook, suspek yang ditahan pada Selasa ialah seorang warga China berusia 25 tahun berasal dari Xinjiang, wilayah kumpulan etnik Muslim Uighur.   

Beliau didakwa cuba meninggalkan Thailand secara haram.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan