Akhirnya Taliban Akui Rahsia Kematian Mullah Omar

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 10:33 AM

Media Afghanistan memaparkan berita mengenai pengakuan Taliban berhubung kematian Mullah Omar (kanan) serta pemimpin baharu kumpulan itu, Mullah Akhtar Mansour (kiri).

(Ubah saiz teks)

KABUL: Selepas dua tahun, akhirnya kumpulan Taliban mengaku merahsiakan kematian pemimpin mereka Mullah Omar kerana mahu tentera asing menamatkan pertempuran dengan militan itu.

Menerusi laman web Taliban, biografi ketua baru kumpulan itu Mullah Akhtar Mansour yang ditulis dalam lima bahasa itu turut mengakui Omar meninggal dunia pada April 2013, seperti didakwa agensi perisikan Afghanistan sebelum ini.

Tindakan kepimpinan Taliban merahsiakan perkara itu menyebabkan berlaku perpecahan dalaman apabila anggota kumpulan itu kepemimpinan mengelirukan mereka dengan mengeluarkan surat atas nama Omar.

“Beberapa anggota penting majlis Emiriah Islam (Taliban) dan ulama memutuskan untuk merahsiakan kematian Omar.

“Antara alasan penting kematian itu dirahsiakan ialah 2013 dianggap tahun terakhir ujian kekuatan antara mujahidin dengan tentera asing yang mengumumkan semua operasi ketenteraan mereka akan berakhir pada penghujung 2014,” menurut kandungan dalam biografi itu.

Pelantikan Mansour selaku pengganti Omar memburukkan krisis dalaman ketika Negara Islam (IS) mula mengembangkan pengaruh di negara itu.

Beberapa pemimpin kanan, termasuk anak dan adik Omar enggan mengiktirafnya dengan alasan pelantikan Mansour dibuat secara tergesa-gesa.

Tags / Kata Kunci: Mullah Omar , Taliban

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan