PRU Singapura 2015 Sengit, Saingan Di Semua 89 Kerusi

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 7:03 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Untuk julung kalinya sejak Singapura mencapai kemerdekaan pada 1965, parti memerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP), menghadapi persaingan paling sengit dalam pilihan raya umum apabila kesemua 89 kerusi di 29 kawasan pilihan raya menyaksikan pertandingan pada hari pengundian 11 September ini.

Bahagian pilihan raya republik ini mengandungi 16 Kawasan Perwakilan Kumpulan (GRC) dan 13 Kawasan Anggota Tunggal (SMC).

Lapan parti lain yang bertanding dalam pilihan raya umum kali ini ialah Parti Pekerja (WP), Parti Rakyat Singapura (SPP), Parti Demokratik Singapura (SDP), Parti Perpaduan Nasional (NSP), Perikatan Demokratik Singapura (SDA), Parti Perubahan (RP), Singaporeans First (SF) dan Parti Kuasa Rakyat (PPP).

Tiga SMC menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu Radin Mas, Bukit Batok dan MacPherson.

PRU 2015 merupakan pilihan raya umum pertama republik ini sejak kematian perdana menteri pertamanya Lee Kuan Yew pada Mac tahun ini.

Ia juga merupakan pilihan raya umum ketiga bagi Perdana Menteri dan setiausaha agung PAP sekarang, Lee Hsien Loong.

Calon daripada semua parti mengemukakan kertas pencalonan di sembilan pusat di republik ini apabila proses penamaan calon berkahir pada tengah hari Selasa.

Daripada 89 calonnya, PAP mengemukakan 22 muka baharu - 14 daripada mereka daripada sektor swasta, enam daripada sektor awam dan dua daripada pertubuhan bukan kerajaan.

Ketika berucap kepada para penyokongnya di pusat penamaan calon di Raffles Institution di sini, Lee, yang mempertahankan kerusi Ang Mo Kio GRC, meminta pemilih "mengundi dengan serius" untuk PAP.

"Ia (pilihan raya) melibatkan masa depan anda. Undilah secara serius untuk PAP bagi memastikan kami dapat bekerjasama dengan anda, untuk anda, untuk Singapura," katanya.

Hsien Loong ditentang M. Ravi daripada Parti Perubahan.

Ketua WP, Low Thia Khiang pula memberitahu pemberita: "Kami berharap pilihan raya kali ini akan menjadikan rakyat lebih sedar tentang masa depan mereka dan keputusan yang perlu dibuat untuk diri mereka."

Pilihan raya umum sebelum ini, yang diadakan pada 2011, menyaksikan pertandingan di 82 daripada keseluruhan 87 kerusi yang dipertandingkan. PAP menang tanpa bertanding di GRC Tanjong Pagar yang mempunyai lima anggota, dengan diketuai Lee Kuan Yew. -- Bernama 


Tags / Kata Kunci: PRU Singapura , PAP , Lee Hsien Loong

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan