Calon Pilihan Raya Umum Singapura 2015 Diketahui Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 12:51 PM

Setiausaha Agung PAP Lee Hsien Loong dalam perjalanan untuk menyerahkan borang pencalonan pada Selasa sebelum hari mengundi pilihan raya republik itu 11 September ini.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Penamaan calon untuk pilihan raya umum Singapura dibuka pada Selasa untuk warga republik itu memilih calon pilihan mereka pada hari mengundi, 11 September ini.

Calon untuk pilihan raya umum perlu mengemukakan secara rasmi borang penamaan masing-masing sebelum tengah hari ini di sembilan pusat penamaan calon di pulau itu.

Selain daripada parti memerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP), lapan parti lain dijangka mengetengahkan calon masing-masing untuk bertanding dalam pilihan raya kali ini.

Parti berkenaan ialah Parti Pekerja, Parti Rakyat Singapura (SPP), Perikatan Demokratik Singapura (SDA), Parti Demokratik Singapura (SDP), Parti Perpaduan Nasional (NSP), Parti Reform (RP), Parti Warga Diutamakan (SF), Parti Kuasa Rakyat (PPP).

Rakyat Singapura akan mengundi memilih 89 anggota parlimen di 29 kawasan pilihan raya dalam pilihan raya pertama negara itu selepas kematian pengasasnya, Lee Kuan Yew, Mac tahun ini.

Ini merupakan pilihan raya ketiga untuk Perdana Menteri dan Setiausaha Agung PAP Lee Hsien Loong.

Dalam pilihan raya umum 2011, PAP mengekalkan kuasanya dengan memenangi 81 daripada 87 kerusi parlimen.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Singapura , PAP , Lee Kuan Yew

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan