Pengurus Bank Campak Dua Beg Mayat Direman

Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 12:21 PM

Beg berisi mayat yang dicampak Samaresh ke Sungai Ganges.

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Seorang pengurus bank yang mencampak dua beg mengandungi sisa mayat seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia enam tahun ke Sungai Ganges ditahan reman selama 12 hari.

Samaresh Sarkar, ditahan di Sheoraphuli dekat sini selepas mendakwa wanita berkenaan membunuh anak perempuannya sebelum membunuh diri.

Lelaki berusia 45 tahun itu berkata, dia cuba menghapuskan bahan bukti kerana bimbang dikaitkan dengan kes terbabit.

Samaresh ditahan selepas penumpang feri yang dinaikinya melihat dia mencampakkan satu beg ke sungai.

Setakat ini, hanya satu beg ditemui dan polis kini berusaha mencari beg kedua yang sempat dicampakkan itu.

Samaresh kini disiasat bagi tuduhan membunuh.

Polis mendapati Samaresh yang sudah beristeri mempunyai hubungan sulit dengan mangsa, Sucheta Chakraborty, 34.

Dia dipercayai membunuh wanita itu dan anaknya selepas kekasihnya mendesak mahu berkahwin.

Polis membawa suspek ke rumah mangsa untuk siasatan, namun tidak dapat memasuki kediaman itu disebabkan penduduk di situ berhimpun dan mendesak Samaresh diserahkan kepada mereka untuk ‘dijatuhkan hukuman.’


Tags / Kata Kunci: Samaresh Sarkar , Sungai Ganges

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan