Lebih 1 Bilion Manusia Guna Facebook Dalam Sehari Isnin Lalu

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2015 10:40 PM

Mark Zuckerberg

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Untuk pertama kalinya dalam sejarah, lebih satu bilion manusia telah berinteraksi menggunakan Facebook dalam masa sehari, demikian kata pengasasnya Mark Zuckerberg.

Angka bersejarah itu katanya dicatatkan pada Isnin lalu dengan seorang daripada setiap tujuh orang di muka bumi menggunakan Facebook.

Facebook mempunyai 1.5 bilion pengguna yang mendaftar masuk sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan tetapi pada Isnin lalu ia mencecah angka satu bilion dalam masa sehari.

Facebook mencecah 1 bilion pengguna pada Oktober 2012.

Laman sosial Facebook dicipta dan diasaskan oleh Zuckerberg pada 2004 ketika dia masih lagi menjadi pelajar Universiti Harvard.

Zuckerberg pada Khamis meramalkan jumlah pengguna Facebook akan terus meningkat pada masa akan datang.

"Ini adalah pertama kali Facebook mencecah angka 1 bilion dalam tempoh sehari," ujar Zuckerberg.

Pada Julai lalu, Facebook mendakwa separuh daripada pengguna online di dunia sekurang-kurangnya akan sekali melayari laman Facebook dalam sebulan.

Tags / Kata Kunci: Mark Zuckerberg , Facebook

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan