Polis Thailand Siasat Kaitan Warga Turki Dengan Serangan Bom

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2015 5:43 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Polis Thailand pada Khamis berkata, mereka menyiasat ketibaan sekumpulan warga Turki beberapa hari sebelum serangan bom di Bangkok baru-baru ini sehingga mengorbankan 20 orang.

Pihak polis bagaimanapun mengatakan bahawa mereka tidak menolak mana-mana kumpulan atau kemungkinan.

Polis dan beberapa pakar analisis keselamatan membangkitkan kemungkinan kaitan dengan Uighur, yang merupakan masyarakat minoriti Islam berbahasa Turki dari barat China.

Terdapat rungutan bahawa China melakukan penindasan terhadap golongan itu.

Layanan China terhadap etnik Uighurs merupakan isu penting bagi kebanyakan warga Turki yang melihat diri mereka berkongsi latar belakang budaya dan agama yang sama.

Bulan lalu, lebih 100 warga etnik Uighur dihantar pulang ke China dari Thailand, satu langkah yang mempengaruhi kecaman oleh kumpulan tertentu dan mengadakan protes di luar kedutaan Thailand di Istanbul.

Jurucakap polis Thailand, Prawut Thavornsiri memberitahu pemberita bahawa polis telah membuat semakan terhadap ketibaan warga Turki yang memasuki Thailand kira-kira dua minggu sebelum insiden berlaku.

"Mungkin terdapat lebih ramai warga Turki datang ke Thailand. Kita menyiasat kumpulan-kumpulan yang mungkin telah datang ke negara ini," kata Prawuth ketika ditanya sama ada polis telah menyiasat 15 warga Turki.

"Kita telah siasatm tetapi bukan 15 orang," kata Prawut, sambil menambah bahawa polis tidak menolak kemungkinan mana-mana kumpulan atau warganegara. 

"Kita tidak fokuskan warganegara tetapi individu," katanya tanpa mengulas lanjut.

Bukti utama yang diperoleh polis berhubung letupan bom di Kuil Hindu Erawan yang menjadi tumpuan pelancong Asia ialah rakaman kamera keselamatan.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki yang berpakaian kuning dan berambut gelap meninggalkan begnya selepas memasuki kuil itu dan kemudiannya berjalan keluar dari tempat kejadian sebelum letupan berlaku. 

20 mangsa serangan bom pada Isnin minggu lalu ialah warga asing termasuk warga Malaysia, Singapura, China, Hong Kong, Indonsia dan Britain. - Reuters

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan