Polis Tahan 12 Suspek Letupan Di Tianjin - Berita Dunia | mStar

Polis Tahan 12 Suspek Letupan Di Tianjin

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2015 10:42 AM

(Ubah saiz teks)

SHANGHAI: Polis China menahan 12 individu yang disyaki terbabit dalam insiden letupan besar di bandar Tianjin, demikian lapor agensi berita, Xinhua.

Kejadian berkenaan menyebabkan 139 orang terbunuh dan memusnahkan kawasan pelabuhan di situ.

Antara mereka yang ditahan ialah pengerusi, naib pengerusi dan tiga timbalan pengurus besar syarikat logistik menyimpan bahan kimia yang meletup.

Baki individu yang ditahan masih belum diketahui identiti mereka.

Sebelum ini, China memecat ketua jabatan keselamatan pekerja kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan.

Tags / Kata Kunci: Tianjin , China

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan