Bayi, Anggota Polis Maut Ditembak

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2015 9:24 AM

(Ubah saiz teks)

LILLE, Perancis: Seorang anggota polis dan bayi antara empat mangsa yang ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjatakan pistol di kem gipsi di utara negara berkenaan pada Selasa.

Dalam kejadian di bandar Roye itu, tiga orang termasuk suspek turut mengalami kecederaan.

Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve memberitahu pemberita, tiga orang termasuk seorang bayi, seorang lelaki dan wanita telah ditembak mati dengan kejam.

"Seorang anggota polis yang mengalami kecederaan serius akibat ditembak telah meninggal dunia selepas itu.

"Seorang lagi anggota polis dan kanak-kanak berusia tiga tahun turut dilaporkan mengalami kecederaan serius dan sedang dirawat," jelasnya.

Saksi memberitahu, suspek yang berada dalam keadaan mabuk bertindak menembak anggota polis berkenaan yang hadir ke situ untuk melakukan siasatan.

Suspek juga kini berada dalam serius selepas mengalami kecederaan parah akibat pergelutan.

Tags / Kata Kunci: Lille , Perancis , Tembak

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan