Parlimen Singapura Dibubar, Tarikh Mengundi Pada 11 September

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2015 6:19 PM

Lee Hsien Loong

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Presiden Singapura, Tony Tan Keng Yam pada Selasa membubarkan parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan, demikian menurut satu kenyataan kerajaan.

Writ Pilihan Raya itu dikeluarkan presiden atas nasihat Perdana Menteri,  Lee Hsien Loong.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 1 September manakala tarikh mengundi padaJumaat 11 September, hari cuti umum, di mana rakyat republik ini akan mengundi untuk memilih 89 Anggota Parlimen di 29 kawasan pilihan raya.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga Singapura, Ng Wai Choong dilantik menjadi Pegawai Pilihan Raya.

Tempoh penggal kerajaan sekarang hanya berakhir pada Januari 2017 tetapi dalam ucapan sempena Hari Kebangsaan republik ini, Lee membayangkan akan mengadakannya 'tidak lama  lagi' bagi mendapatkan mandat rakyat untuk membawa Singapura ke fasa seterusnya.

Katanya, Singapura kini berada di titik perubahan selepas melengkapkan 50 tahun penuh kejayaan dan akan memulakan langkah untuk 50 tahun akan datang.

Lee berkata, Pilihan Raya Umum akan datang sangat penting dan rakyat republik ini akan memutuskan siapa yang bakal memerintah untuk lima tahun akan datang.

"Apa yang lebih penting, anda akan memilih pasukan yang akan bekerja bersama anda untuk 15 hingga 20 tahun akan datang. 

"Anda akan menentukan arah tuju Singapura untuk 50 tahun akan datang. Anda menentukan masa depan Singapura," katanya.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) menguasai Singapura sejak ia mencapai kemerdekaan pada 1965 dan ia kini diterajui Lee Hsien Loong.

Tags / Kata Kunci: PRU Singapura , Lee Hsien Loong

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan