Lapan Warga Emas Maut Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 12:25 PM

(Ubah saiz teks)

CARACAS: Seramai lapan warga emas maut selepas rumah penjagaan warga tua terbakar di ibu negara Venezuela pada Ahad.

"Kebakaran besar telah berlaku di Pusat Warga Tua. Dalam kejadian tragik itu seramai lapan warga emas terbunuh," kata gabenor Caracas menerusi Twitternya.

Bagaimanapun dalam kejadian itu, bomba berjaya menyelamatkan 32 warga emas daripada turut menjadi mangsa.

Terdapat 10 daripada mengalami sesak nafas selepas terperangkap dalam kepulan asap.

Kejadian itu turut menyentuh hati penduduk Caracas dan pertubuhan bukan kerajan yang terlibat dengan penjagaan warga tua.


Tags / Kata Kunci: Caracas , Warga Emas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan