PRU Dalam Masa Terdekat - PM Singapura

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 12:42 AM

Lee Hsien Loong

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata beliau akan mengadakan pilihan raya umum "dalam waktu terdekat" bagi mendapatkan mandat rakyat untuk membawa Singapura ke fasa seterusnya.

Dalam ucapan pada Perhimpunan Hari Kebangsaan malam ini, Lee berkata: "Dalam waktu terdekat, saya akan mengadakan pilihan raya, untuk mendapatkan mandat daripada anda untuk membawa Singapura ke fasa seterusnya".

Beliau berkata Singapura kini berada pada titik peralihan, selepas menamatkan 50 tahun yang berjaya dan akan memulakan fasa bagi 50 tahun akan datang.

"PRU (pilihan raya umum) akan datang adalah amat kritikal," katanya.

"Anda akan menentukan siapa yang mentadbir Singapura untuk lima tahun akan datang; tetapi apa yang lebih penting, anda akan memilih pasukan yang akan bekerja dengan anda untuk 15 hingga 20 tahun akan datang. Anda akan menentukan hala tuju Singapura untuk 50 tahun akan datang. Anda akan menentukan masa depan Singapura," katanya.

Lee berkata beliau dan pasukannya sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka dengan serius bagi memastikan Singapura terus maju.

Tags / Kata Kunci: Lee Hsien Loong

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan