Letupan Bangkok: Suspek Guna Teknik Bom Buatan Negara Asing - Sumber

Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2015 1:36 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Penyiasat percaya komplot di sebalik letupan di jambatan jeti Sathorn dan kuil Hindu Erawan, Bangkok mungkin bergantung kepada teknik pembuatan bom negara asing, kata sumber.

"Teknik seperti itu tidak wujud di Thailand sebelum ini. Dan siasatan terperinci mendedahkan bahawa warga asing yang tidak diketahui kewarganegaraannya datang ke Thailand pada 2011 untuk menyediakan latihan teknik tersebut," kata sumber.

Menurut pegawai penyiasat, suspek yang terlibat dalam insiden letupan berdarah di kuil Hindu Erawan tidak kelihatan seperti rakyat Thai.

Letupan di kuil Hindu Erawan berlaku pada malam Isnin manakala tragedi letupan bom di jambatan Jeti Sathorn, petang Selasa.

Letupan di kuil tersebut menggorbankan 20 nyawa manakala lebih 100 lagi mengalami kecederaan.

Menurut sumber, bahan letupan TNT itu dihasilkan menggunakan bom paip.

Sumber berkata bahan letupan TNT boleh ditangguhkan selama beberapa hari sekiranya melibatkan litar elektrik.

"Ini bermakna pihak berkuasa perlu meneliti rakaman keselamatan empat hari sebelum kejadian itu berlaku," katanya.
Tags / Kata Kunci: letupan bom , kuil Hindu Erawan , Bangkok

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan