Pesawat Klasik Terhempas, 7 Maut, 14 Cedera

Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2015 9:37 AM

(Ubah saiz teks)

SERAMAI tujuh orang terbunuh selepas sebuah pesawat Hawker terhempas dalam satu pertunjukkan udara di Shoreham, England pada petang Sabtu.

Bagimanapun juruterbang pesawat berkenaan, Andy Hill yang merupakan bekas tentera udara berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.

Pihak perubatan mengesahkan bahawa seramai tujuh orang maut manakala 14 lagi mengalami kecederaan akibat berlaku letupan.

Saat pesawat klasik itu terhempas turut berjaya dirakam oleh orang ramai yang berada berdekatan lokasi kejadian.

Hill, 50, merupakan seorang juruterbang berpengalaman dengan mencatat masa selama 12,000 jam di kokpit sepanjang kariernya.

Pegawai Polis Sussex, Supritendan Jane Derrick berkata, ketujuh-tujuh mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan serius.

Berikutan itu, pihak berkuasa kini sedang berusaha mengesan identiti mangsa dan mengenalpasti punca kejadian di lokasi nahas.

Tags / Kata Kunci: Shoreham , England , Hawker

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan