Lima Jam Usung 27 Mayat Keluar Hutan

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 1:28 PM

Bantuan kira-kira 300 penduduk tempatan melancarkan usaha mengusung 27 mayat keluar dari lokasi pesawat terhempas di pendalaman timur Indonesia.

(Ubah saiz teks)

JAYAPURA: Hutan tebal dan cuaca buruk menyukarkan pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat 54 mangsa yang terbunuh dalam kejadian pesawat terhempas di kawasan pedalaman di timur Indonesia.

Terbaharu, 27 mayat terpaksa diusung dengan meredah hutan di lereng gunung yang mengambil masa lima jam untuk tiba di penempatan Oksibil selepas usaha mengangkutnya menggunakan helikopter terjejas akibat cuaca buruk.

Jurucakap tentera Pudji Teguh Rahardjo berkata, pihaknya turut mendapat bantuan kira-kira 300 penduduk tempatan untuk mengusung mayat berkenaan sebelum ia diterbangkan ke Jayapura untuk proses pengecaman.

“Keadaan cuaca yang buruk tidak memungkinkan kami menggunakan helikopter, oleh itu kami terpaksa mengusung mayat berkenaan menerusi jalan darat dan ia mengambil masa kira-kira lima jam untuk tiba di Oksibili” kata Pudji.

Tragedi itu adalah kemalangan udara terbaharu di Indonesia, negara yang mempunyai rekod keselamatan penerbangan yang buruk dan menyaksikan beberapa kemalangan besar sejak beberapa tahun lalu.

Pesawat turboprop ATR 42-300 itu turut membawa wang tunai berjumlah Rp6.5 bilion (RM1.92 juta) untuk diagihkan kepada penduduk miskin.

Wang tunai itu berjaya ditemui pasukan penyelamat, tetapi sebahagiannya hangus akibat terbakar.

Dalam pada itu, pasukan tiga penyiasat penerbangan dari Perancis bersama empat penasihat teknikal syarikat ATR yang mengeluarkan pesawat malang itu dilapor dalam penerbangan ke Indonesia bagi membantu siasatan nahas berkenaan.

Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan, 10 minit selepas meminta kebenaran mendarat dalam kabus tebal dan hujan lebat.


Tags / Kata Kunci: Pudji Teguh Rahardjo , Oksibil , Perancis

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan