Polis Thailand Tidak Pasti Suspek Telah Meninggalkan Negara

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 12:50 PM

Prawut Thavornsiri

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Polis Thailand pada Khamis berkata mereka masih tidak pasti sama ada suspek utama pengeboman kuil Erawan telah melarikan diri dari negara ini apabila mereka dihujani maklumat daripada orang ramai selepas gambar lakaran lelaki warga asing dikeluarkan.

Waran tangkap telah dikeluarkan untuk suspek yang tidak dinamakan, yang gambarnya telah dilakarkan melalui rakaman CCTV.

Lelaki dengan beg sandang itu dilihat meninggalkan kuil beberapa saat sebelum letupan di lokasi pelancongan yang popular itu, membunuh 20 orang - kebanyakannya warga asing.


Serangan pada malam Isnin telah memberikan tamparan utama kepada sektor pelancongan negara.

Polis kelihatan masih buntu dalam siasatan mereka, dengan tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

"Kami sedang melakukan yang terbaik," kata jurucakap polis Prawut Thavornsiri kepada AFP.

"Kami telah menerima banyak maklumat daripada orang ramai sejak lakaran diedarkan... kami sedang menyiasat petunjuk-petunjuk," katanya.

Tetapi apabila ditanya sama ada suspek utama masih berada dalam negara beliau berkata: "Saya tidak tahu."

Waran tangkap, bersama lakaran gambar suspek pengeboman dikatakan diambil daripada CCTv berhampiran kuil, dengan suspek disifatkan sebagai seorang warga asing berkulit putih dan tinggi.

Ia didakwa sebagai pembunuhan terancang, cubaan membunuh dan membuat bom.

Polis percaya dia adalah sebahagian daripada 'rangkaian' itu dan dua lelaki lain yang juga dilihat melalui CCTV di kuil Erawan sebelum letupan itu mungkin adalah rakan sejenayahnya.
Tags / Kata Kunci: Prawut Thavornsiri , letupan Bangkok

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan