Pengawal Selia Kewangan Switzerland Semak Bank Dikaitkan 1MDB

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 12:44 PM

(Ubah saiz teks)

ZURICH: Pengawal selia kewangan Switzerland, Finma sedang membuat semakan dengan beberapa bank di negara itu sama ada mereka menjalankan urus niaga dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata jurucakap pada Rabu.

1MDB, yang lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadi subjek kepada siasatan Bank Negara Malaysia yang telah diselesaikan awal bulan ini.

Dana itu dilanda kontroversi berikutan hutang RM42 bilion dan dakwaan salah urus kewangan.

Wall Street Journal pada Julai lalu melaporkan bahawa pasukan penyiasat yang menyiasat 1MDB telah mengesan hampir AS$700 juta yang dipindahkan dari sebuah akaun Falcon Private Bank yang berpangkalan di Switzerland ke akaun di Malaysia, yang dipercayai milik Najib.

Najib kemudiannya mengakui dana itu disalurkan ke dalam akaunnya tetapi mengatakan bahawa ia adalah derma politik dari sumber yang tidak dikenal pasti dari Timur Tengah.

Falcon sebelum ini mengatakan bahawa ia berhubung dengan Pihak berkuasa Kewangan Singapura (MAS) dan akan bersikap telus dengan pihak berkuasa.

"Finma berhubung dengan beberapa bank mengenai perkara ini," kata jurucakap itu.

"Dalam rangka kerja peranan penyeliaan, kami menjelaskan sama ada dan sejauh mana bank-bank terlibat dan bagaimana terma undang-undang peraturan Switzerland dilaksanakan," katanya.

Terdahulu pada tahun ini, MAS turut mengatakan bahawa ia pernah berhubung dengan pihak pengawal selia Malaysia selepas kerajaan Malaysia mengatakan bahawa 1MDB telah menebus AS$1.1 bilion dari Kepulauan Cayman dan menyimpannya di bank swasta Switzerland di Singapura, BSI.

Wakil dari Falcon dan BSI ketika ini belum mengulas mengenai kenyataan jurucakap Finma. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Finma , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan