Usaha Bentuk K'jaan Campuran Turki Gagal Lagi

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2015 9:59 PM

Pemimpin MHP, Devlet Bahceli (kiri) dan PM sementara Turki, Ahmet Davutoglu dari AKP sejurus sebelum tamatnya rundingan untuk membentuk kerajaan campuran. Turki masih gagal membentuk sebuah kerajaan baru empat bulan selepas berakhirnya pilihan raya umum.

(Ubah saiz teks)

ANKARA: Usaha untuk membentuk kerajaan campuran Turki - empat bulan selepas pilihan raya umum - akhirnya gagal selepas Perdana Menteri sementara negara itu mengumumkan yang mereka telah berusaha sedaya upaya segala opsyen yang ada dengan parti nasionalis, MHP tetapi tidak dapat mencapai persetujuan muktamad.

Ini sekaligus menunjuk ke arah pilihan raya semula.

Perdana Menteri, Ahmet Davutoglu berkata yang beliau kini menyerahkan semula mandat kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan untuk membuat keputusan selanjutnya.

Bagaimanapun, sebuah parti lagi dengan kerusi yang besar di parlimen iaitu CHP menegaskan yang mereka kini harus diberi mandat oleh presiden untuk meneruskan rundingan bagi membentuk sebuah kerajaan campuran.

Davutoglu yang menerajui parti yang memerintah selama 12 tahun di Turki iaitu Parti AKP gagal mencapai majoriti yang diperlukan di parlimen untuk membentuk kerajaan tunggal selepas pilihan raya umum Jun lalu.

Sebelum berunding dengan MHP, AKP terlebih dahulu cuba mengadakan pakatan dengan CHP tetapi turut gagal.

"Sejak Isnin kami telah mengadakan rundingan dengan Parti Gerakan Nasionalis (MHP) yang diketuai oleh Devlet Bahceli dengan menyentuh empat opsyen utama ke arah kerajaan campuran tetapi malangnya tidak satu pun yang berjaya mencapai kesepakatan. Oleh itu kami ingin menyerahkan kembali mandat kepada presiden untuk tindakan selanjutnya," ujar Davutoglu.

Walaupun AKP berjaya memperolehi 41% atau 258 kerusi dalam parlimen tetapi mereka mesti memperolehi sokongan daripada mana-mana parti lain untuk membentuk jumlah kerusi yang diperlukan untuk memerintah.

Jika CHP yang kini merupakan parti yang kedua terbesar dari segi jumlah kerusi di parlimen (132) diberi mandat oleh presiden untuk memulakan rundingan pembentukan kerajaan baru, mereka memerlukan sokongan HDP yang mempunyai 80 kerusi dan juga MHP yang turut mempunyai 80 kerusi.

Recep Tayyip Erdogan, yang pernah memimpin AKP sebagai perdana menteri sebelum menjadi presiden bagaimanapun dijangka tidak akan memberi ruang kepada parti lain untuk memulakan rundingan baru sebaliknya akan membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya baru.

Selama ini pun Erdogan menuduh HDP sebagai parti yang bersimpati kepada perjuangan puak pemisah Kurdish.

Beliau dilihat akan menggunakan alasan keselamatan negara ekoran peningkatan aktiviti IS di Syria dan Iraq yang bersempadan dengan Turki untuk memberi laluan kepada pilihan raya semula agar rakyat dapat memberi mandat yang kukuh kepada satu parti sahaja untuk membentuk kerajaan yang kuat.

Tags / Kata Kunci: Ahmet Davutoglu , Recep Tayyip Erdogan , AKP , CHP , MHP , HDP , Turki

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan