Rakyat Singapura Cedera Dalam Letupan Bom Di Bangkok

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2015 10:48 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Beberapa rakyat Singapura cedera dalam letupan bom di Bangkok, Thailand, pada Isnin malam, kata Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA).

Dalam kenyataan bagi menjawab pertanyaan media berkaitan letupan di tengah-tengah Bangkok itu, jurucakap MFA berkata: "Kami difahamkan terdapat beberapa rakyat Singapura yang cedera.

"Petugas kedutaan kami menghulur bantuan konsular yang perlu kepada rakyat Singapura yang terjejas. Mereka turut berhubung dengan pihak berkuasa Thai untuk memastikan sama ada terdapat lagi rakyat Singapura yang terjejas akibat letupan bom itu.

"MFA turut menghubungi rakyat Singapura yang berpangkalan di Bangkok."

Laporan menyebut sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan lebih 120 orang cedera dalam insiden yang berlaku pada Isnin malam berhampiran sebuah kuil di tengah-tengah ibu kota Thailand itu.

Kuil Erawan adalah destinasi pelancongan popular, dan warga asing termasuk dari China, adalah antara yang terkorban.

Jurucakap itu berkata Singapura mengutuk sekeras-kerasnya letupan bom di Bangkok dan dukacita akibat kehilangan nyawa itu.

"Kami merakamkan ucapan takziah dan perasaan sedih kepada keluarga mangsa dan berdoa agar mereka yang cedera akan segera sembuh.

"MFA dan kedutaan Singapura di Bangkok memantau rapi berkembangan itu, dan menggesa rakyatnya di Bangkok agar sentiasa berwaspada, termasuk mengelak daripada berada berhampiran kawasan letupan selain mengikuti perkembangan terkini berita tempatan.

Mereka perlu menghubungi kedutaan Singapura di Bangkok menerusi talian +66 81 844-3580 atau singemb_bkk@mfa.sg jika memerlukan bantuan segera.

Selain itu, mereka juga boleh menghubungi Pegawai Bertugas MFA 24 jam di talian +65 6379 8800/8855 atau mfa_duty_officer@mfa.gov.sg.

Warga Singapura yang berada di Bangkok atau sedang mengunjungi bandar raya berkenaan dinasihati mendaftarkan diri dengan kedutaan di Singapura menerusi http://eregister.mfa.gov.sg/. 


Tags / Kata Kunci: letupan , bom , Bangkok

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan