Letupan Bangkok: Kedutaan Malaysia Kenal Pasti Jumlah Rakyat Maut, Cedera

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2015 11:42 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kedutaan Malaysia di Bangkok sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thai untuk mengenal pasti jumpa rakyat negara ini yang terjejas dalam insiden letupan bom di Bangkok, malam Isnin.

"Kami boleh mengesahkan terdapat rakyat Malaysia yang maut manakala beberapa lagi cedera parah," kata seorang pegawai kedutaan pada Selasa.

Pegawai tersebut bagaimanapun, tidak dapat mengesahkan jumlah rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden itu.

Sekurang-kurangnya 21 maut dalam insiden itu.

Letupan yang berlaku kira-kira pukul 7 malam (8 malam waktu Malaysia) Isnin, menyasarkan orang ramai yang berada di kuil hindu Erawan, destinasi pelancongan terkemuka di ibu negara Thai.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di ibu negara Tahi supaya memantau situasi di negara itu dan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa negara terbabit.

Kementerian itu turut menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di talian (+662 629 6800/+6687 028 4659 [selepas waktu bekerja]), faks (+662 679 2208/+662 679 2270) atau e-mel (malbangkok@kln.gov.my).

Tags / Kata Kunci: Kedutaan Malaysia , Bangkok , letupan , bom

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan