Kabinet Akan Dirombak

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2015 1:56 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Gen Prayuth Chan-ocha berkata beliau telahpun memohon perkenan daripada Raja Bhumibol Adulyadej untuk melakukan rombakan kabinet.

"Kini hanya menunggu perkenan daripada Raja," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Kabinet di sini, Selasa.

Kabinet sedia ada dibentuk pada September tahun lepas, menggantikan kerajaan bekas Perdana Menteri Yingluck Shiwatatra susulan rampasan kuasa pada beberapa bulan sebelum itu.

Mesyuarat Kabinet hari ini berlangsung hanya lebih sejam, merupakan mesyuarat Kabinet paling pendek sejak Gen Prayuth menjadi Perdana Menteri.

Insiden letupan bom semalam nampaknya seperti berada di fikirannya semasa beliau ditemui pemberita ketika sedang bergegas keluar dari pajabatnya. 

Tags / Kata Kunci: Kabinet , Thailand

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan