Pasukan Menyelamat Ke Lokasi Nahas Pesawat Trigana Air

Diterbitkan: Isnin, 17 Ogos 2015 7:48 AM

Salah seorang keluarga mangsa kepada anak kapal Trigana Air yang terbabit dalam nahas (tengah) diiring keluar dari pejabat syarikat penerbangan itu di Jakarta. Foto REUTERS

(Ubah saiz teks)

JAYAPURA (Indonesia): Pasukan menyelamat digerakkan ke lokasi nahas pesawat di timur Indonesia pada Isnin selepas penduduk kampung menemui bangkai pesawat penumpang yang hilang bersama 54 orang.

Agensi mencari dan menyelamat berkata, pesawat yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Indonesia, Trigana Air terputus hubungan pada pukul 3 petang waktu tempatan pada Ahad selepas berlepas dari Jayapura, di wilayah Papua.

Menurut agensi itu, pesawat jenis ATR 42-300 yang membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan lima anak kapal itu sepatutnya dijadualkan tiba ke destinasi selepas penerbangan selama 45 minit.

Bagaimanapun, pesawat itu hilang kira-kira 10 minit sebelum tiba ke destinasinya di Oksibil, penempatan terpencil di kawasan pergunungan Jayapura, sejurus selepas ia meminta kebenaran untuk mendarat.

Menurut pegawai, penduduk kampung di daerah Okbape di Papua sebelum ini dilaporkan melihat sebuah pesawat terhempas.

Kementerian Pengangkutan kemudiannya memberitahu bahawa penduduk tempatan telah menemui bangkai pesawat.

"Pesawat telah ditemui (oleh penduduk kampung). Menurut penduduk, pesawat itu telah terhempas di kawasan pergunungan," kata ketua pengarah bagi pengangkutan udara, Suprasetyo.

Beliau berkata, kumpulan pegawai masih sedang membuat pengesahan maklumat daripada penduduk tempatan.

Difahamkan, tiada maklumat mengenai sama ada terdapat mangsa yang terselamat.

Pasukan mencari dan menyelamat, termasuk polis dan tentera digerakkan ke lokasi nahas secepat mungkin pada Isnin, kata jurucakap kementerian pengangkutan, J.A Barata. - AFP


Tags / Kata Kunci: Trigana Air

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan