Pencuri Ke-10,000 'Diraikan' Kakitangan Kedai

Diterbitkan: Ahad, 16 Ogos 2015 12:01 PM

(Ubah saiz teks)

SATU rakaman video menunjukkan sekumpulan kakitangan bersorak 'meraikan' seorang wanita kerana menjadi pencuri ke-10,000 di kedai mereka sambil menghadiahkan sejambak bunga dan sepotong kek.

Portal Mirror melaporkan rakaman pelik itu bermula dengan seorang pengurus yang teruja mengesan pencuri di premisnya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kemudian mengarahkan kakitangannya membawa satu sepanduk.

Pengurus tersebut turut memaklumkan kepada pengawal keselamatan supaya menahan suspek bagi membolehkan mereka membuat gurauan terhadap wanita berkenaan.

Wanita tersebut kemudiannya dihadiahkan sejambak bunga dan sepotong kek dengan kumpulan pemuzik memainkan muzik.

Malah, pengurus terbabit meletakkan topi parti ke atas kepala wanita berkenaan.

Bagaimanapun wanita berkenaan secara jelas tidak dapat menerima layanan itu dan berlalu pergi. 

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan