Tianjin Hangus, 50 Maut Letupan Kargo

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 11:18 AM

(Ubah saiz teks)

TIANJIN: Letupan yang hampir memusnahkan kawasan perindustrian di bandar ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 terkorban termasuk 12 anggota bomba, manakala lebih 700 cedera, demikian lapor media China, Khamis.

Ia dikatakan berpunca daripada satu kargo bahan letupan yang meletup dalam sebuah gudang hingga membentuk bebola api besar.

Wartawan AFP memberitahu, terdapat cermin bangunan yang pecah sehingga tiga kilometer jauh dari tapak letupan.

Selain itu, rangkaian televisyen CCTV melaporkan pakar peperangan antikimia tentera dihantar ke tempat kejadian, bagaimanapun, punca bahan letupan dalam kontena tersebut meletup masih belum diketahui.

"Kekuatan letupan pertama yang berlaku beberapa minit sebelum tengah malam menyamai ledakan tiga tan bahan letupan TNT, manakala letupan kedua menyamai ledakan 21 tan bahan letupan," kata rangkaian gempa bumi China melalui laman sosial Weibo.

Agensi berita rasmi China, Xinhua pula melaporkan ibu pejabat pasukan penyelamat mengesahkan 12 anggota bomba  terbunuh, manakala 66 lain dalam keadaan kritikal.

Sekumpulan anggota bomba telah berada di tempat kejadian sebelum letupan pertama berlaku bagi memadamkan satu kebakaran. – AFP



Tags / Kata Kunci: Tianjin , TNT , kargo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan