Harta Dirampas Jika Gagal Langsai RM1.3 Bilion Dalam Lapan Hari

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 10:15 AM

Penduduk Indonesia mengadakan demonstrasi menuntut keadilan berikutan tindakan menggelapkan wang kerajaan.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Sebuah yayasan yang ditadbir keluarga bekas Presiden Suharto diarah membayar semula AS$325 juta (RM1.3 bilion) kepada negara, sebagai hukuman kerana menggelapkan wang empat kali ganda daripada jumlah itu, dalam masa lapan hari.

Perintah yang dikeluarkan Mahkamah Daerah Jakarta Selatan pada Rabu mengarahkan Yayasan Supersemar yang ditadbir oleh keluarga bekas pemimpin Indonesia itu segera melangsaikan hutang berkenaan.

Jika gagal membayar hutang mengikut tempoh yang ditetapkan, harta yayasan berkenaan akan dirampas.

“Pihak yang kalah perlu mematuhi keputusan mahkamah dan membayar denda itu dalam masa lapan hari,” kata jurucakap mahkamah Made Sutisna, lapor tempo.co.

Made berkata, mahkamah akan memanggil wakil yayasan berkenaan dan pejabat peguam negara berhubung keputusan mahkamah agung baru-baru ini.

Peguam keluarga Suharto Muhammad Assegaf berkata, dia belum dihubungi oleh Yayasan Supersemar berkait dengan arahan berkenaan.

Menurutnya, tidak ada waris Suharto terbabit dalam pengurusan yayasan berkenaan ketika ini dan pihak yang perlu membayar wang itu ialah yayasan terlibat.

“Saya tidak tahu bagaimana yayasan itu mampu membayar jumlah wang sebanyak itu.

“Adakah mereka masih memiliki harta?” soal Muhammad. - Agensi

Tags / Kata Kunci: Yayasan Supersemar , Presiden Suharto

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan