Pengantin Lelaki Dibunuh Pada Majlis Perkahwinan

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 9:09 AM

(Ubah saiz teks)

PATTANI (Thailand): Semalam (Khamis) sepatutnya hari bahagia bagi Ahamad Daud kerana menjadi raja sehari, tetapi jodoh beliau tidak panjang dan ia berakhir dengan tragedi.

Ahamad, 27 tahun, anggota renjer yang bertugas di Pattani maut setelah ditembak dari jarak dekat oleh empat lelaki ketika beliau berbual dengan isterinya, Elani Matnor, 27 tahun dan ibu mertua di bawah khemah.

Ketua Polis Daerah Muang Pattani Kirati Waeyusoh berkata kejadian berlaku pada 5.30 petang waktu tempatan pada majlis perkahwinan di Kampong Pakaharang, Muang Pattani.

Beliau berkata Ahamad cedera parah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital setelah ditembak dalam jarak dekat di bahagian kepala dan dada oleh empat orang lelaki yang kemudian melarikan diri.

Suasana majlis perkahwinan itu bertukar sayu dan gempar dengan insiden pembunuhan itu.

Sementara itu, di Narathiwat seorang orang awam maut setelah ditembak di perut dengan sepucuk pistol di pasar malam Kampung Yalutong, Bachok.

Menurut Polis, Muhammad Zakari Asae, 56 tahun, cedera parah setelah ditembak pada 6.45 petang waktu tempatan dan meninggal dunia di Hospital Bachok.

Tags / Kata Kunci: maut , raja sehari

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan