Kabinet Thailand Bakal Dirombak - Prayuth - Berita Dunia | mStar

Kabinet Thailand Bakal Dirombak - Prayuth

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2015 6:56 PM

Jeneral Prayuth Chan-ocha.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Kabinet Thailand bakal dirombak, bagaimanapun senarai mereka yang terlibat belum dimuktamadkan, kata Perdana Menteri, Jeneral Prayuth Chan-ocha. 

"Tiada siapa yang tahu (yang akan mengganti dan diganti)," kata Prayuth kepada soalan media sama ada menteri sedia ada dan bakal calon telahpun tahu tentang rombakan itu.

Prayuth berkata, beliau kini sedia untuk mendapatkan perkenan diraja bagi melakukan rombakan Kabinet itu, namun ini bergantung sama ada muka baharu ingin menerima jawatan itu manakala menteri sedia ada pula mahu berundur.

"Bagaimanapun ada orang yang mahu beredar sejak lama dahulu," katanya di rumah kerajaan di sini, Khamis.

Beliau menafikan pernah memaklumkan kepada seseorang untuk dilantik sebagai menteri baharu, namun menyatakan bahawa beliau akan menukar kedudukan menteri terbabit berdasarkan kewajaran.

Prayuth berkata, semua pihak perlu menerima rombakan yang bakal dilakukan itu selepas ulang tahun pertama pentadbiran kerajaannya yang dibentuk pada September tahun lepas.

Beliau enggan mengesahkan nama yang disebut-sebut dalam rombakan itu, antaranya tokoh dalam hal ehwal antarabangsa dan ekonomi seperti bekas Setiausaha Agung Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Supachai Panitchpakdi, bekas Menteri Hal Ehwal Luar Surakiet Satienthai, bekas Setiausaha Agung Asean, Surin Pitsuwan dan bekas Gabenor Bank of Thailand, Prasarn Trairatvorakul.

Tags / Kata Kunci: Prayuth Chan-ocha , Thailand
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan