Syarikat Penerbangan Syaratkan Penumpang Timbang Berat Sebelum Naik Pesawat

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2015 10:55 PM

Penumpang yang 'terlalu berat' tidak akan dibenarkan menaiki pesawat sekiranya berat muatan mencapai tahap yang ditetapkan.

(Ubah saiz teks)

SEBUAH syarikat penerbangan mencetuskan kontroversi apabila membuat keputusan untuk menimbang berat penumpang sebelum membenarkan mereka menaiki pesawat.

Portal Mail Online melaporkan Uzbekistan Airways mengumumkan bahawa semua penumpangnya perlu direkodkan berat mereka bersama bagasi masing-masing selepas mendaftar masuk dengan menggunakan mesin penimbang.

Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Tashkent itu memberi jaminan untuk tidak mendedahkan berat setiap penumpang.

Bagaimanapun, penumpang yang 'terlalu berat' akan dikecualikan daripada menaiki penerbangan pada waktu puncak yang menggunakan pesawat lebih kecil sekiranya melampaui had muatan.

Mesin khas bagi penimbang itu disediakan di pintu pelepasan bagi menimbang berat dan bagasi penumpang.

Para penumpang akan disenaraikan dalam tiga kategori iaitu lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Syarikat penerbangan itu berkata, ia perlu mengetahui berat kedua-dua penumpang dan bagasi kerana perkara tersebut adalah penting terutama semasa menggunakan pesawat lebih kecil.

Menurut satu kenyataan, ia berkata: "Syarikat penerbangan Uzbekistan Airways menjalankan prosedur pra-penerbangan dengan menimbang berat bagi menentukan purata berat penumpang dengan bagasi mereka.

"Menurut undang-undang Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, syarikat penerbangan wajib untuk menjalankan prosedur kawalan pra-penerbangan seperti menimbang berat penumpang bersama bagasi mereka bagi mematuhi keperluan untuk memastikan keselamatan penerbangan.

"Selepas melakukan daftar masuk bagi penerbangan dan sebelum menaiki pesawat, kami akan meminta anda untuk melepasi prosedur menimbang berat menerusi mesin khas penimbang yang ditempatkan di pintu pelepasan.

"Rekod berat itu hanya akan mengandungi kategori penumpang iaitu lelaki, wanita atau kanak-kanak. Manakala butiran lain akan dirahsiakan sepenuhnya.

"Kami menghargai kerjasama anda dan mengucapkan terima kasih kerana membantu dalam melengkapkan tugas kami demi keselamatan penerbangan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Uzbekistan Airways

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan