Lima Terbunuh Dalam Banjir Di Mali - Berita Dunia | mStar

Lima Terbunuh Dalam Banjir Di Mali

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 9:59 AM

(Ubah saiz teks)

BAMAKO: Seramai lima orang disahkan terbunuh manakala beratus lagi terjejas selepas hujan lebat mengakibatkan banjir besar di timur laut Mali.

Hujan lebat itu dikatakan telah menyebabkan banjir di bandar Menaka sebelum lima penduduk maut manakala lebih 400 kediaman terjejas, kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Berikutan itu seramai 750 penduduk kini hilang tempat tinggal.

Wakil kerajaan memberitahu, banjir tersebut menyebabkan mangsa gagal mendapatkan makanan dan kerajaan sedia menyalurkannya secepat mungkin.

Sumber makanan dan bantuan lain akan dihantar oleh kerajaan ke Menaka pada Isnin sebelum diedarkan kepada mangsa.

Tags / Kata Kunci: Mali , Menaka
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan