Sampah Tsunami Jepun Penuhi Pesisir Pantai Alaska - Berita Dunia | mStar

Sampah Tsunami Jepun Penuhi Pesisir Pantai Alaska

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 11:17 AM

Sampah sarap yang ditemui memenuhi tongkang bersaiz padang bola yang berlayar dari Alaska ke Seattle.

(Ubah saiz teks)

JUNEAU, Alaska: Ratusan tan serpihan marin dikumpul sepanjang pesisir pantai Alaska dan British Columbia menerusi penganjuran program pembersihan yang pertama seumpamanya.

Sebuah tongkang dilihat penuh dengan muatan beg, timbunan pembungkus makanan, botol, alatan memancing, ribuan boya, pelampung dan serpihan lain tiba di Seattle pada Khamis lalu selepas mengangkut muatan pertama di Kodiak, Alaska.

Sebahagian serpihan itu dipercayai dipukul ombak semasa kejadian tsunami pada 2011 di Jepun yang mengorbankan ribuan nyawa.

Bagaimanapun serpihan marin secara umumnya termasuk sampah seperti plastik dan pukat dilihat sebagai masalah alam sekitar yang berterusan.

Di Seattle, sukarelawan mula memunggah timbunan muatan itu dan mengasingkannya untuk tujuan kitar semula, malahan ada yang dibawa ke pusat perlupusan di Oregon.

Proses ini dijangka mengambil masa sehingga bulan depan, menurut Koordinator Serpihan Marin Tsunami, Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar Alaska, Janna Stewart.

"Selepas melalui perjalanan jauh, akhirnya tongkang ini tiba dan proses memunggahkan muatan dapat dimulakan dengan bantuan helikopter," katanya.

Sementara itu, Presiden Gulf of Alaska Keeper, Chris Pallister berharap sukarelawan dari Jepun dapat tampil untuk membantu mengenal pasti barangan dari negara itu supaya ia dapat dipulangkan ke tempat asal.


Tags / Kata Kunci: Alaska , tsunami , Jepun , tongkang
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan