Kabul Bergegar Lagi

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 10:31 AM

Pasukan bomba Afghanistan membersihkan laluan ke Akademi Polis Kabul susulan letupan yang dicetuskan pengebom berani mati, lewat malam Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KABUL: Selepas insiden sebuah trak sarat muatan bom meletup dan mengorbankan 15 nyawa, satu lagi serangan bom terbaharu menggegarkan bandar ini menyebabkan angka kematian mencecah sekurang-kurang 50 orang, manakala ratusan yang lain cedera.

Peristiwa itu menjadi hari muram di ibu negara Afghanistan sejak berakhirnya misi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Disember tahun lalu.

Siri letupan yang memusnahkan bangunan dan menyebabkan hospital penuh sesak dengan mangsa tercedera. Ia dikatakan serangan ketenteraan pertama seumpamanya ke atas Kabul sejak pengumuman kematian pemimpin Taliban, Mullah Omar.

Kejadian susulan pada lewat Jumaat ini berlaku kurang 24 jam selepas letupan trak, mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 kadet polis terbunuh selepas seorang pengebom berani mati yang memakai uniform polis meletupkan bom kereta di pintu masuk Akademi Polis Kabul.

Pasukan keselamatan mengawal ketat sekitar kawasan letupan berhampiran Akademi Polis Kabul susulan kejadian pada lewat Jumaat itu.

Taliban menafikan penglibatan dalam serangan pertama itu yang berlaku berhampiran sebuah pangkalan tentera di tengah bandar ini tetapi mengaku bertanggungjawab ke atas serangan kedua.

Letupan dan kejadian berbalas tembakan turut berlaku di Kem Integrity, sebuah pangkalan berhampiran lapangan terbang yang menempatkan pasukan khas Amerika Syarikat. Insiden itu menyebabkan seorang anggota Nato terbunuh.

Kemusnahan terbaharu itu menonjolkan situasi keselamatan yang tidak menentu di Afghanistan di sebalik perjanjian damai dengan Taliban semakin goyah manakala tentera kerajaan berdepan musim panas pertama bertempur tanpa sokongan penuh daripada NATO. – AFP



Tags / Kata Kunci: Kabul , Nato , Mullah Omar

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan