Blogger Keempat Bangladesh Mati Dibunuh - Berita Dunia | mStar

Blogger Keempat Bangladesh Mati Dibunuh

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 12:38 PM

Niloy Neel ditemui berlumuran darah dengan kesan tetakan di kediamannya.

(Ubah saiz teks)

DHAKA: Niloy Neel menjadi blogger sekular keempat di Bangladesh yang ditemui maut tahun ini, dipercayai berkaitan artikel yang disiarkan menerusi laman blognya.

CNN melaporkan, Niloy Neel adalah nama pena bloggers berkenaan yang ditemui dengan kesan tetakan di rumahnya.

Nama sebenarnya adalah Niloy Chakrabarti.

Polis dan ketua Kumpulan Blogger serta aktivis alam maya, Imran Saker mengesahkan kejadian tersebut.

Difahamkan, perkongsian terbaru Neel adalah mengenai pembunuhan tiga orang blogger sebelum ini dan artikel mengenai wanita dan hak minoriti.

Jurucakap polis, Muntashirul Islam berkata, Neel pernah bekerja kepada organisasi bukan kerajaan tapi tidak tahu mengenai pembabitannya dalam dunia penulisan alam maya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bloggers berusia lewat 20-an itu dipercayai dibunuh kumpulan yang melibatkan lima atau enam orang.

Sebelum ini, Neel pernah diugut golongan ekstremis.

Neel juga menyumbang bahan untuk Mukto-Mona, sebuah blog kemanusiaan yang dicipta oleh Avijit Roy yang mati dibunuh Februari lalu.

 
Tags / Kata Kunci: Niloy Neel , blogger , Bangladesh
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan