MH370: Waris Mangsa Warga China Desak Dibawa Ke Pulau Reunion

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 1:30 PM

Waris mangsa berhimpun di luar bangunan pejabat MAS di Beijing, China.

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Waris penumpang warga China MH370 mendesak supaya mereka dibawa ke Pulau Reunion, lokasi di mana serpihan komponen sayap pesawat ditemui pada 29 Julai lalu.

Kebanyakan penumpang dalam pesawat berkenaan adalah warganegara China.

Kira-kira 30 waris mangsa berkumpul di luar bangunan pejabat MAS berhampiran lapangan terbang utama Beijing dengan harapan untuk menemui pegawai dari Malaysia, namun tiada seorang pun yang hadir.

"Permintaan kami adalah untuk pergi ke Pulau Reunion dan melihat dengan mata sendiri.

"Semua ahli keluarga mangsa mahu ke sana. Malaysia adalah negara yang bertanggungjawab dan mereka perlu mendapatkan dokumen berkaitan," kata Hu Xiufang.

Xiufang memberitahu tiga ahli keluarganya, termasuk anak lelakinya berada di dalam pesawat tersebut.

Pada awal pagi Rabu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di pulau terpencil itu adalah milik pesawat MH370.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , Pulau Reunion

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan