MH370: Perancis Kerah Pencarian Menerusi Udara, Air & Darat - Berita Dunia | mStar

MH370: Perancis Kerah Pencarian Menerusi Udara, Air & Darat

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 8:28 AM

Beberapa serpihan lagi turut ditemui di Pulau La Reunion.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Perancis akan melancarkan pencarian terbaharu melalui udara, darat dan laut di Pulau La Reunion untuk mencari lebih banyak serpihan dari pesawat MH370 selepas Malaysia mengesahkan komponen sayap pesawat yang ditemui di kepulauan tersebut milik pesawat yang hilang sejak 8 Mac tahun lalu.

Sebuah pesawat tentera memulakan operasi tinjauan dari udara di kawasan sekitar kepulauan itu pada pagi Jumaat.

Operasi pencarian juga akan dilakukan menerusi darat, udara dan laut dengan bantuan tentera marin negara itu.

"Sebarang penemuan terbaharu akan membantu siasatan mengenai serpihan yang ditemui sebelum ini," kata kenyataan bersama Menteri Pertahanan dan Pengangkutan Perancis pada Khamis.

Sementara itu, pihak berkuasa tempat di kepulauan itu berkata mereka akan melakukan operasi pencarian menyeluruh di bahagian lain pesawat itu bermula Isnin.

Usaha pencarian terbaharu itu dilakukan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan komponen sayap pesawat berukuran dua meter panjang yang ditemui di Pulau La Reunion pada 29 Julai lalu, disahkan milik MH370.

Ia adalah bukti penemuan pertama sejak persawat itu hilang 17 bulan lalu.


Tags / Kata Kunci: MH370 , Perancis
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan