Koroner Sifat Kematian Empat Warga Malaysia Di Geylang Sebagai Tragik

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Koroner Negara, Marvin Bay pada Khamis memutuskan kematian empat rakyat Malaysia dalam kebakaran di asrama pekerja asing di Geylang akhir tahun lepas ialah 'akibat kemalangan tragik', lapor stesen televisyen Channel NewsAsia (CNA).

Dalam kejadian awal pagi pada 6 Disember lepas, mangsa Jubitol Rumanjing, 37, Ramu Kotiah, 50, dan Yusoff Masrong, 49, meninggal dunia di tempat kejadian sementara Maslan Musundo, 43, meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.

Keempat-empat mereka bekerja di Singapura sebagai tukang cuci dan tinggal di sebuah unit tiga tingkat yang telah diubah suai sebagai asrama.

Televisyen tempatan melaporkan Peter Awat, yang berkongsi bilik dengan keempat-empat mangsa, tersedar daripada tidor apabila mendengar jeritan Ramu.

Peter berkata dia melarikan diri walaupun Maslan memberitahunya supaya jangan berganjak.

Beliau berkata keempat-empat mereka memutuskan untuk terus berada dalam bilik dan menunggu bantuan tiba, kerana takut cedera akibat kebakaran, yang merebak hingga ke koridor.

Sekurang-kurangnya 20 penghuni yang lain, yang terjaga selepas terdengar jeritan rakan-rakan mereka, sempat melarikan diri.

Kempat-empat mangsa ditemui dalam salah satu bilik di rumah tersebut.

Tiga daripada mereka terbaring di atas lantai dengan muka ke atas dan mangsa keempat dijumpai terduduk di penjuru bilik dengan menutup kepalanya dengan kain selimut.

CNA melaporkan bahawa bedah siasat menunjukkan bahawa mereka mati akibat penyedutan asap, dan tiada kesan terbakar pada tubuh badan mereka.

Adalah dipercayai bahawa asap memasuki bilik melalui ruang ventilasi, lubang di sekitar pintu dan melalui panel kaca, akhirnya menyebabkan mereka mati.

Siasatan oleh pasukan Siasatan Kebakaran Pasukan Pertahanan Awam Singapura menunjukkan bahawa kebakaran adalah berpunca daripada unsur-unsur elektrik.

Apabila inkuiri terhadap kematian mereka selesai, Bay merekamkan "ucapan takziah yang mendalam" kepada keluarga mangsa termasuk saudara kepada salah seorang mangsa, yang melecur pada tubuh badannya.

Bay berkata tragedi itu memberi peringatan bahawa perkara terbaik ialah melarikan diri daripada tempat kebakaran dan adalah amat berbahaya untuk terus berada dalam bangunan itu untuk menunggu bantuan tiba.Beliau berkata ruang kesempatan untuk melarikan mungkin sempit.

"CNA memetik Bay sebagai berkata, amat malang sekali keempat-empat mangsa akhirnya mengambil keputusan secara tragik untuk terus berada dalam rumah yang terbakar itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: kebakaran , asrama Geylang

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan