Sidang Media Umum Hasil Pemeriksaan Serpihan Pesawat Pukul 2 Pagi

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 1:27 AM

Sebahagian media asing berkumpul di luar Pusat Ujian Aeronautikal di Toulouse untuk mendapatkan perkembangan terkini ujian ke atas serpihak yang ditemui di Pulau Reunioun.

(Ubah saiz teks)

TOULOUSE: Sidang media bagi mengumumkan hasil pemeriksaan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion akan diadakan pada jam 1800 GMT di Paris (kira-kira 2 pagi waktu Malaysia), kata Pendakwaraya Perancis yang terlibat dalam kes kehilangan pesawat MH370.

Pemeriksaan bahagian sayap itu dilakukan di bawah arahan hakim di pusat ujian aeronautikal yang dikendalikan tentera Perancis di Balma, barat daya bandar Toulouse.

Pulau Reunion adalah salah satu wilayah milik Perancis.

Pegawai Malaysia yang mengetuai penyiasatan nahas udara antarabangsa menjadi saksi pemeriksaan serpihan pesawat berkenaan yang diterbangkan ke Paris pada hujung minggu lalu.

Pada masa sama, pegawai dari Amerika Syarikat dan pengeluar Boeing juga memberikan nasihat sama ada serpihan itu mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.

Pesawat berkenaan hilang pada 8 Mac tahun lalu ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang.

Tags / Kata Kunci: MH370 , Toulouse , Perancis , Boeing

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Kolumnis

iklan

Iklan