1MDB: Polis Thailand Lengkapkan Siasatan Terhadap Xavier Justo

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 3:51 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Polis Thailand telah melengkapkan siasatan terhadap warga Switzerland, Xavier Justo  dan menyerahkan kes kepada pendakwa raya pada Khamis.

Polis Thailand mendakwa, Justo cuba mengugut bekas majikannya, PetroSaudi International - sebuah syarikat tenaga yang bekerjasama dengan syarikat milik kerajaan Malaysia, 1MDB.

Dia telah menandatangani pengakuan dan berharap hukuman akan dikurangkan.

Jenayah itu boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda sebanyak 2,000 hingga 20,000 bath (RM220 hingga RM2,209).

"Ia kini terpulang kepada pendakwa raya untuk mendakwa Justo," kata Timbalan Komander Pencegahan Jenayah Thailand, Kornchai Klayklueng, kepada The Straits Times pada Khamis.

Justo ditahan reman oleh polis di rumahnya di Pulau Koh Samui sejak Jun lalu.

Pada 2013, bekas eksekutif PetroSaudi itu didakwa meminta sebanyak RM9.94 juta kepada majikannya tetapi telah ditolak.

PetroSaudi kemudian membuat laporan kepada polis Thailand pada pada Mei tahun ini selepas portal berita, Sarawak Report menyiarkan mengenai kegagalan urus tadbir kewangan 1MDB.

Dalam satu temu bual bersama The Straits Times pada bulan lalu, Justo mendedahkan dia telah dijanjikan sebanyak RM7.7 juta oleh seorang ahli perniagaan Malaysia, Tong Kooi Ong yang mahu mendapatkan dokumen berkenaan.

Bagaimanapun dia tidak mendapat sebarang bayaran sehingga ditangkap.

Kooi Ong merupakan pemilik The Edge Media Group.







Tags / Kata Kunci: 1MDB , Xavier Justo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan