IS Mesir Ugut Sembelih Warga Croatia

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 9:28 AM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Kumpulan Negara Islam (IS) di Mesir mengancam untuk melaksanakan hukuman mati terhadap mangsa culiknya yang merupakan warga Croatia jika banduan wanita yang ditahan kerajaan tidak dibebaskan dalam tempoh 48 jam.

Lelaki itu merupakan warga asing pertama diculik oleh militan selepas Mesir bergolak sejak dua tahun lalu.

Mangsa, Tomislav Salopek yang diculik pada bulan lalu merupakan pekerja syarikat geosains dari Perancis.

Dalam satu video yang didedahkan militan, Salopek berkata dia akan disembelih dalam tempoh 48 jam jika kerajaan Mesir tidak membebaskan banduan wanita yang ditahan di penjara.

Dia kelihatan membaca sekeping nota dalam keadaan melutut sambil seorang lelaki yang merupakan ahli kumpulan militan berdiri dibelakangnya dengan memegang pisau.

Salopek turut mendedahkan bahawa dia telah diculik pada 22 Julai lalu di Sinai, Mesir - kawasan bergolak yang ditawan IS.

Kumpulan penculik yang berikrar setia kepada IS pada November lalu itu sebelum ini dikenali sebagai Ansar Beit al-Maqdis.

Dalam pada itu, Menteri Luar Croatia, Vesna Pusic dilapor akan ke Kaherah untuk membincangkan mengenai perkara itu.



Tags / Kata Kunci: Mesir , Kaherah , Tomislav Salopek

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan