Jepun Sambut Peristiwa Pengeboman Hiroshima Ke-70

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 9:49 AM

(Ubah saiz teks)

HIROSHIMA: Jepun pada Khamis menyambut ulang tahun memperingati peristiwa pengeboman bom atom di Horshima dan Nagasaki kali ke-70.

Dalam sambutan yang turut dihadiri oleh pegawai dari Washington menyaksikan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bertafakur selama beberapa minit pada pukul 8.15 pagi.

Hiroshima musnah pada tarikh sama iaitu hari ini (6 Ogos) apabila sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS) B-29 yang dinamakan Enola Gay menjatuhkan bom atom bernama 'Little Boy'.

Pengeboman itu menjadikan bandar Hiroshima panas melampau sehingga mampu mencairkan besi dan merosakkan segalanya.

Seramai 140,000 penduduk dilaporkan terbunuh dalam kejadian berkenaan termasuk mereka yang berjaya menyelamatkan diri akibat kesan radioaktif.

Selang tiga hari, iaitu pada 9 Ogos, Nagasaki turut diserang oleh bom atom sehingga mengakibatkan 70,000 penduduk terbunuh.

Akibat serangan berkenaan, Jepun mengaku kalah dalam perang dunia kedua pada 15 Ogos 1945.

Pada majlis memperingati peristiwa tersebut, Duta AS di Jepun, Caroline Kennedy turut menziarahi Taman Memorial Keamanan di Hiroshima.

Tags / Kata Kunci: Jepun , Hiroshima

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan