Gempa Bumi Gegar Timur Jepun, Tiada Amaran Tsunami

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 7:48 PM

Gempa bumi melanda timur Jepun pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Gempa bumi dengan bacaan 5.2 skala Richter melanda timur Jepun pada Khamis, bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor badan penyiaran rasmi negara itu.

Kejadian yang berpusat di wilayah Ibaraki itu menyebabkan bangunan di sekitar bandaraya ini bergegar, menurut NHK.

Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan kerosakan diterima.

Tags / Kata Kunci: gempa bumi , Jepun , Ibaraki

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan