Lapangan Terbang Bali Ditutup Sementara Akibat Debu Gunung Berapi Raung

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 6:01 PM

Sebahagian penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bali akibat debu ledakan gunung berapi Raung, Khamis.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Denpasar, Bali ditutup sementara berikutan debu gunung berapi Raung di Jawa Timur menjejaskan jarak penglihatan.

Laporan CNN Indonesia di sini memetik Ketua Pusat Data Informasi dan Humas Badan Nasional Pencegahan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho sebagai berkata, penutupan lapangan terbang itu berkuatkuasa dari pukul 11 pagi hingga 5 petang, Khamis.

Debu itu bergerak sehingga ke Selatan-Tenggara. Jarak terdekat debu itu dengan Bandara (Lapangan Terbang) Ngurai Rai hanya sekitar 18km. Keadaan itu menyebabkan bandara itu ditutup sementara, katanya.

Sutopo berkata, aktiviti Gunung Raung terus meningkat sejak lima hari lepas dan debu dari letusan gunung itu masih tebal.

Gegaran masih berlaku di gunung itu. Pihak berkuasa mengklasifikasikan status gunung itu sebagai berwaspada tahap 3 dan sudah memindahkan penduduk dalam lingkungan 3km dari kawasan gunung itu, katanya.

Pada 10 Julai lepas, ratusan penerbangan di lapangan terbang Ngurah Rai terganggu ekoran letusan Gunung Raung itu yang mengakibatkan ribuan penumpang terpaksa menukar jadual penerbangan masing-masing.

Terdapat lebih 350 penerbangan antarabangsa dan domestik yang mendarat di lapangan terbang antarabangsa Ngurai Rai itu pada setiap hari. --Bernama

Tags / Kata Kunci: Gunung Berapi Raung , Bali

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan