Speaker Parlimen Australia Letak Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 11:44 AM

Bishop mengumumkan peletakan jawatannya selepas dikritik hebat sejak beberapa hari lalu.

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Kritikan dan kemarahan rakyat berhubung perbelanjaan perjalanannya mendorong Speaker Parlimen Australia, Bronwyn Bishop mengumumkan peletakan jawatannya.

Perkembangan itu berlaku selepas Perdana Menteri Tony Abbott memberitahu bahawa keistimewaan yang dimiliki ahli-ahli politik di negara itu akan disemak semula.

Anggota Parti Liberal pimpinan Abbott itu dikritik selama lebih tiga minggu selepas pihak media melaporkan beliau menggunakan wang pembayar cukai bagi membiayai kos perjalanannya termasuk membayar AS$3,600 (RM13,762) untuk menaiki helikopter sejauh 80 kilometer ke majlis untuk mengumpul dana politik pada November 2014.

“Bukan mudah untuk saya membuat keputusan ini. Namun, kerana perasaan sayang dan menghormati institusi Parlimen serta rakyat Australia, saya meletak jawatan sebagai Speaker,” kata pemimpin berusia 72 tahun yang memegang jawatan itu sejak 2013.

Abbott berkata, semakan asas mengenai keistimewaan anggota Parlimen akan dilakukan kerana orang ramai berhak untuk mendapat jaminan bahawa wang pembayar cukai tidak disalahgunakan.

“Apa yang berlaku sejak beberapa hari lalu bukan berpunca daripada individu tertentu tetapi menjurus kepada sistem keistimewaan itu sendiri.

“Terdapat terlalu banyak situasi yang mana anggota Parlimen boleh melakukan perkara yang diperuntukkan di bawah keistimewaannya tetapi boleh menimbulkan kemarahan umum,” tambah Abbott pada sidang media.

Terdahulu Bishop memberitahu, beliau akan membayar semula tuntutan kos helikopter itu bersama penalti 25 peratus dan menyifatkan bayaran yang dikenakan sebagai terlalu mahal serta tidak munasabah. – AFP



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan