MH370: Penduduk La Reunion Bantu Operasi Mencari

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 11:22 AM

Antara serpihan logam yang dihanyutkan ke pantai Pulau Reunion yang mendapat perhatian pihak berkuasa di pulau berkenaan.

(Ubah saiz teks)

LA REUNION: Operasi mencari serpihan pesawat Boeing 777 yang didakwa milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 diperhebatkan lagi dengan kerjasama serta bantuan penduduk Pulau Reunion dan pulau berdekatan.

Laporan CNN menyebut, kru operasi dan penduduk meluaskan kawasan carian di sekitar Mauritus, 175 kilometer dari Reunion.

"Kami berikan kerjasama sepenuhnya mengetahui mengenai penemuan serpihan ditemui di Pulau Reunion," kata anggota polis Mauritus, Sarjan Indira Bhugobaun.

Sejak Sabtu lalu, bot dan pesawat pengawal pantai memulakan operasi mencari dan ia dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Pengawal pantai kepulauan Seychelles yang terletak 1,800 kilometer (km) di utara Reunion juga menerima arahan untuk membantu mencari serpihan pesawat.

Sementara itu, orang ramai juga berkumpul di pesisiran pantai Reunion berdekatan kawasan flaperon pesawat ditemui.

"Malahan, ada yang menyerahkan beberapa objek yang ditemui kepada pihak berkuasa, bagaimanapun ia didapati tiada kaitan dengan pesawat, kata jurucakap dewan bandar raya Saint-Andre, Jean-Yves Sambimanan.

Tags / Kata Kunci: La Reunion , MH370

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan