Thailand Sahkan Penangkapan Suspek Pemerdagangan Manusia

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 9:28 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Polis Diraja Thailand mengumumkan penangkapan lima orang kerana terlibat dalam sindiket pelacuran dengan harapan langkah itu adalah antara beberapa tindakan yang perlu diambil untuk memperbaiki rekod dan  kedudukannya dalam Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat.

Ketua Polis Thailand, Jen Somyot Pumpanmoung berkata kes itu akan dimasukkan dalam laporan yang dikemukakan oleh kerajaan Thailand untuk dimasukkan dalam Laporan TIP.

"Kami mahu Amerika Syarikat atau Kesatuan Eropah melihat bahawa kami telah bertindak untuk menangani pemerdagangan manusia sebagai sebahagian daripada agenda negara," katanya pada sidang media di sini Selasa.

Pada sidang media itu, suspek terdiri daripada seorang lelaki berusi 25 tahun dan empat orang wanita berusia 25 hingga 39 tahun, dan semua warga Thai, juga dibawa bersama untuk ditunjukkan kepada media.

Mereka ditahan secara berasingan tetapi menjadi anggota sindiket yang sama, kata Jen Somyot.

Empat orang lagi suspek, dua warga Singapura dan dua warga China, masih diburu oleh pihak berkuasa.

Setakat ini, dua orang menjadi mangsa tetapi polis menjangka terdapat sekurang-kurangnya 23 mangsa berdasarkan nama gadis-gadis yang digunakan untuk tempahan tiket kapal terbang yang dijumpai dalam maklumat kad kredit, katanya.

Thailand bersungguh-sungguh mahu supaya usahanya memerangi pemerdagangan manusia mendapat perhatian antarabangsa selepas Amerika Syarikat tidak yakin terhadap usahanya membendung pemerdagangan manusia dan meletakkan negara itu pada Tahap 3 Laporan Pemerdagangan Manusia yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat untuk tahun kedua berturut-turut.

Tahap 3, kedudukan paling rendah dalam Laporan TIP, ialah bagi negara-negara yang kerajaan tidak mmatuhi sepenuhnya standard minimum dan tidak menjalankan usaha signifikan untuk berbuat demikian.

Somyot berkata kes itu ialah 'jenayah rentas sempadan' memandangkan Thailand ialah negara asal, dan mangsa-mangsa di bawa ke negara transit dan kemudian ke negara destinasi.

Sementara itu, Mej Jen Thiti Saengsawang, Ketua Bahagian Anti Pemerdagangan Manusia, berkata suspek mengaku bahawa mereka diberi peranan untuk berhubung dengan gadis-gadis melalui aplikasi 'chatting' dalam talian dan memujuk mereka mereka untuk bekerja di bar-bar di China.

Beliau berkata, suspek-suspek menafikan mereka tahu apa yang gadis-gadis itu perlu lakukan di China.

Beliau berkata pihak berkuasa Thailand telah bekerjasama dengan negara-negara terlibat dalam perkara itu.

Sumber polis berkata, terdapat perubahan dalam modus operandi untuk membawa gadis-gadis ke luar negara.

Sebelum ini gadis-gadis itu diterbangkan terus ke negara-negara destinasi, tetapi sekarang mereka diterbangkan ke Hadyai di selatan Thailand dan kemudian dibawa ke Malaysia sebelum dibawa ke negara lain termasuk Singapura.

Tags / Kata Kunci: pemerdagangan manusia , Thailand , TIP

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan