IS Culik Empat Penuntut Universiti Mosul

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 11:10 AM

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Empat penuntut bidang kewartawanan Universiti Mosul diculik kumpulan militan Negara Islam (IS) kerana didakwa bekerjasama dengan media asing.

Militan itu kemudiannya memindahkan keempat-empat belia itu ke pusat tahanan IS di tenggara bandar berkenaan.

Tindakan itu dilakukan untuk membolehkan mereka disoal siasat atas dakwaan bekerjasama dengan media asing.

Difahamkan, sejak IS menguasai Mosul pada 10 Jun tahun lalu, sesiapa yang menentang ideologi kumpulan terbabit telah dibunuh, termasuk aktivis kumpulan hak asasi manusia, pakar perubatan, wartawan, anggota tentera dan media asing.

Selain itu, Ketua Keselamatan di wilayah Nineveh, Mohammed al-Bayati berkata, 15 anggota polis Iraq dibunuh sebagai sebahagian daripada kempen tangkapan dan pembunuhan yang dijalankan terhadap perkhidmatan keselamatan serta pegawai awam.

"15 pegawai ditembak mati di hadapan dewan di bandar itu, sekali gus menakutkan penduduk tempatan," katanya.

Tags / Kata Kunci: IS , Universiti Mosul , Nineveh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan