Bukti Mungkin Rungkai Misteri Kehilangan MH370 Dibakar Sebagai Sampah

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 10:11 AM

Seorang lelaki berjalan di atas persisiran pantai di Pulau Reunion. Foto REUTERS

(Ubah saiz teks)

PULAU REUNION: Seorang pembersih pantai mungkin telah menghapuskan bukti kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Nicolas Ferrier berkata, dia melakukan rondaan setiap hari di pantai Pulau Reunion dan mengutip serpihan di pasir dan di celah batu-batu besar.

Ferrier memberitahu London Telegraph berkata, dia pernah melihat satu objek yang menyerupai kerusi di dalam sebuah bas atau tempat peluncur.

"Namun ia bukanlah seperti yang disangka sehingga saya dimaklumkan mengenainya pada Rabu (lalu).

"Ia mungkin adalah bahagian daripada sebuah pesawat," kata Ferrier.

Ferrier menemui kerusi itu pada awal Mei lalu. Dia kemudiannya mendedahkan kepada umum mengenai penemuannya buat pertama kali pada Ahad.

Ferrier berkata, dia langsung tidak mengetahui mengenai signifikan di sebalik objek itu. Ini kerana katanya, barang-barang terapung dan serpihan yang ditemuinya hanyalah sebahagian daripada apa yang dibersihkannya di pantai selama ini.

"Saya turut menemui beg pakaian, kira-kira pada masa yang sama. Ia mempunyai banyak barang," katanya.

"Saya bakar kesemuanya. Itu adalah tugas saya. Saya kumpul sampah, dan bakarnya.

"Saya mungkin jumpa banyak barang lagi dari pesawat itu, dan membakarnya tanpa menyedari kepentingannya."

Ferrier berkata, flaperon yang ditemui pada Rabu lalu telah dibawa arus laut pada Mei dan menggunakannya sebagai meja.

"Saya duduk di atasnya. Saya menggunakannya sebagai meja. Saya tidak mengambil perhatian sangat terhadapnya sehingga saya mengetahui menerusi laporan berita."

Menurut Telegraph, kisahnya disokong oleh seorang wanita tempatan yang hanya dikenali sebagai Isabelle, yang menjumpai objek yang sama pada Mei lalu.

"Ia merupakan permulaan percutian pada 10 Mei," katanya kepada portal berita tempatan, Zinfos974.com.

"Ketika itu saya sedang berjalan bersama anak lelaki saya. Kemudiannya, dia menjumpai sebuah objek dari atas batu di tempat kami berdiri, dan menjerit "Ibu, ia kelihatan seperti sayap sebuah pesawat!"

Anak lelakinya yang berusia 10 tahun kemudiannya melihat sesuatu seperti beg pakaian. Dia berjaya membukannya dan kemudian melihat sebuah beg lagi yang terbenam di sebalik pasir hitam.

Bagaimanapun, ombak yang kuat ketika itu menyebabkan Isabelle mengarahkan anaknya supaya berada jauh dari pantai.

"Malah sekarang pun saya tidak begitu dapat memahaminya. Bagi saya, ia sesuatu yang biasa, yang saya lihat sepanjang masa. Saya tidak boleh kata ia merupakan pertama kali atau kali terakhir saya melihat perkara itu, kerana saya tidak pernah mengambil perhatian terhadapnya," kata Ferrier.

Tags / Kata Kunci: Pulau Reunion , MH370

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan