MH370: Malaysia Hantar Pasukan Kenal Pasti Serpihan Ditemui Di Pulau Reunion

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 8:11 AM

Anggota polis mengangkat serpihan yang ditemui orang awam di Pulau Reunion.

(Ubah saiz teks)

PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Malaysia pada Rabu berkata satu pasukan telah dihantar ke Pulau Reunion yang terletak di luar pantai timur Afrika untuk mengenal pasti sama ada serpihan yang ditemui di perairan itu mungkin milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang pada tahun lalu.

Eric Chesneau, seorang pegawai polis bahagian pengangkutan udara Perancis di wilayah Reunion, Lautan Hindi memberitahu Reuters bahawa 'serpihan yang ditemui itu menyerupai sayap kapal terbang' tetapi siasatan lanjut akan dilakukan.

Pesawat MH370 gagal dikesan sejak dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014.

Pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal itu berlepas dari Kuala Lumpur menuju Beijing.

Kebanyakan penumpang terdiri daripada warga China.

"Saya sudah menghantar satu pasukan untuk mengenal pasti serpihan tersebut... kami berharap mereka boleh mengenal pasti serpihan itu secepat mungkin," kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika melawat PBB di New York.

MH370 hilang dari radar kira-kira 45 minit selepas pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Operasi mencari dan menyelamat yang diketuai Australia bertumpu di selatan Lautan Hindi.
Tags / Kata Kunci: MH370 , Pulau Reunion , MAS , Liow Tiong Lai

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan