Justo: Akses Hanya Diberi Kepada Media, Tidak Kepada Polis Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 4:42 PM

Xavier Andre Justo.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Xavier Andre Justo, rakyat Switzerland yang dituduh cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International, dibenar menerima pelawat.

Dia dikunjungi banyak pelawat selain peguamnya, tetapi tidak dibenar berjumpa polis, kata ketua polis Thailand Somyot Poompanmoung.

Somyot berkata, peguam suspek berhak membawa sesiapa sahaja berjumpa Justo.

"Jadi, seseorang pemberita mungkin boleh berjumpa Justo melalui peguamnya," kata beliau apabila ditanya bagaimana The Straits Times Singapura boleh menemu bual Justo baru-baru ini, tetapi polis Malaysia tidak dapat berbuat demikian.

"Saya tidak tahu tentang perkara ini (temu bual dengan The Straits Times), tetapi sekiranya media pergi ke sana, mereka mungkin pergi dengan peguam suspek, dan polis tidak terlibat," katanya.

Beliau berkata polis Malaysia tidak diberi akses untuk berjumpa Justo kerana dia bukan rakyat Malaysia dan tidak melakukan kesalahan di Malaysia.

Polis Malaysia perlu menggunakan saluran sewajarnya - melalui Kementerian Luar - untuk menyoal siasat Justo, kata Somyot.

Ketua polis itu berkata beliau dimaklumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 23 Julai bahawa berdasarkan pengamatan awalnya tentang keadaan ketika ini, adalah mustahil polis Malaysia akan dibenarkan menyoal siasat Justo.

"Sekiranya kerajaan atau polis Thailand membenarkan polis Malaysia menyoal siasat Justo, kami mungkin dikritik kedutaan Switzerland," katanya.

Mengenai bilakah Justo akan dituduh di mahkamah, Somyot berkata perkara itu terserah kepada para pegawai penyiasat.

Justo berada dalam tahanan pihak berkuasa Thailand sejak 22 Jun.

Tags / Kata Kunci: Xavier Andre Justo , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan