Bekas Presiden India Dr APJ Abdul Kalam Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2015 8:00 AM

Gambar fail bertarikh 25 April 2007 ketika APJ Abdul Kalam melakukan lawatan ke Strasbourg, Perancis. -foto EPA

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Bekas presiden India APJ Abdul Kalam meninggal dunia pada usia 84 tahun selepas rebah ketika menyampaikan syarahan di Shillong, Meghalaya pada kira-kira 9 malam (11.25 malam waktu Malaysia).

Laporan awal oleh media tempatan India menyatakan Dr Kalam mengalami serangan jantung.

Bekas presiden itu rebah semasa menyampaikan syarahan di Indian Institute of Management di Shillong pada kira-kira 6.30 petang (9 malam waktu Malaysia) dan dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia dua setengah jam kemudian.

Sebaik sahaja berita tentang kematiannya diumumkan, kalangan ahli politik dan ahli akademik menzahirkan penghargaan terhadap jasanya terutama dalam bidang pendidikan teknologi nuklear dan sains.

Anak kelahiran Rameswaram, Tamil Nadu itu merupakan presiden ke-11 India dari 2002 hingga 2007. 

Dr Kalam juga dikenali sebagai "missile man of India" dengan wawasan menjadikan India sebagai negara kuasa besar pada 2020.

Beliau banyak menyumbang ke arah usaha pembangunan wanita dan kanak-kanak dengan menggalakkan pendidikan dan celik huruf dalam kalangan penduduk miskin tegar.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan