MH17: Rusia Dijangka Guna Kuasa Veto Sekat Resolusi

Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2015 11:51 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Rusia dijangka menggunakan kuasa veto bagi menyekat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) untuk membicarakan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 di Ukraine.

Perkara itu dinyatakan beberapa diplomat Majlis Keselamatan itu susulan usaha Malaysia mengedarkan draf resolusi itu dan meminta proses pengundian dibuat Rabu depan.

Resolusi itu akan mewajibkan semua negara untuk bekerjasama dengan tribunal khas itu atau menghadapi sekatan.

Rusia dilihat tetap dengan pendirian untuk menentang resolusi itu dan kemungkinan menggunakan kuasa veto dimilikinya adalah tinggi.

"Ia mungkin sukar untuk kita mencari titik persamaan," kata diplomat itu.

Rusia membantah draf resolusi itu dan mahu siasatan sekarang diselesaikan dahulu.

Sebelum ini, Malaysia, Belanda, Australia, Ukraine dan Belgium meminta tribunal antarabangsa ditubuhkan bagi menyiasat insiden menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) di timur Ukraine, Julai tahun lalu itu.

Pesawat MAS MH17 ditembak jatuh pada Julai 2014 mengakibatkan semua 298 penumpang dan anak kapal terkorban. - AFP



Tags / Kata Kunci: Rusia , Majlis Keselamatan PBB , Ukraine , MH17

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan